Merentas Desa 2013

Setelah acara Mengenal Trek pada 16.1.2013 dan Raptai Merentas Desa pada 21.1.2013, maka Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah tahun ini telah diadakan pada 29.1.2013. Hebat juga cabaran kejohanan kali ini. Semasa acara mengenal trek, murid-murid bertembung dengan kumpulan lembu sehingga menyebabkan keadaan agak kelam-kabutlah juga. Tindakan guru-guru menemui tuan lembu keesokan harinya telah menemui jalan penyelesaian masalah tersebut. Hari ini, guru-guru menghadapi situasi di mana pekerja ladang sedang menyembur racun. Mujur disedari awal, dapatlah aktiviti tersebut dihentikan.
    Berbeza dengan tahun lepas, tahun ini trek yang dipilih adalah trek baru iaitu melalui kawasan ladang kelapa sawit yang redup dan menyerupai suasana ala-ala desa yang dimaksudkan.
   Alhamdulillah kejohanan merentas desa berjalan lancar. Terima kasih kepada Koperal Ali Zamri; pegawai perhubungan IPD Sepang yang membantu mengawal keselamatan sepanjang kejohanan. Terima kasih banyak buat YDP PIBG; En. Nor Aziz, Naib YDP PIBG; En. Hamdan dan ibu bapa lain yang telah hadir memberi sokongan kepada anak-anak murid. Setinggi-tinggi penghargaan buat JPP Zon Kota Warisan yang menyumbang kewangan bagi menampung kos program hari ini termasuk jamuan murid & guru serta hadiah. Terima kasih daun keladi.
   Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan Merentas Desa hari ini. Semoga murid-murid yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Sepang pada minggu depan akan membawa pulang kejayaan yang membanggakan.
Bersenam dulu
Bersama YDP dan Naiab YDP PIBG yang hadir memberi sokongan
 
Bersama Pencatat Pemenang
Ibu bapa dan para guru dah macam adik-beradik
Amanat Guru Besar sebelum murid-murid berlari
SU Sukan; cikgu Nazron
Taklimat keselamatan dari Koperal Ali Zamri
YDP melepaskan pelari
 Murid-murid perempuan dilepaskan dulu
 
Diikuti murid lelaki
Merentas desa sebenar
Murid-murid ceria berlari
Para penjaga check point
Para peronda
Penyokong istimewa
GB dan GPK Koku memberi sokongan moral
 
Yang cedera dibantu
Gembira
 Selesai
Jamuan guru dan urusetia
Jamuan murid
AJK Hadiah bersiap sedia
Menunggu pengumuman keputusan
Majlis penyampaian hadiah
Tahniah semua murid
AJK Dokumentasi - cikgu Shazwani
Pemenang-pemenang kategori lelaki
 Bergambar ramai dengan pemenang lelaki
Johan kategori perempuan : Malisha Nursabrina
Ole-ole buat YDP PIBG - En. Nor Aziz
Bergambar dengan pemenang perempuan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »