Permuafakatan UPSR dan Penetapan Target

Sebagaimana dirancang, hari ini (17.1.2013) telah diadakan Majlis Permuafakatan UPSR dan Hari Penetapan Target. Kehadiran ibu bapa memberangsangkan. Kehadiran mereka diambil untuk tujuan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang perlu dikey in bila sistem berkaitan dibangunkan oleh KPM kelak. YDP PIBG - En. Noraziz bin Ghazali telah hadir memberikan sokongan dan menyampaikan ucapan. 
   Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas berkaitan Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah kepada ibu bapa. Beberapa borang yang telah ditetapkan oleh KPM telah diedar kepada para ibu bapa untuk dilengkapkan. Sebahagian besar telah memulangkan semua borang untuk direkod dan dianalisa oleh guru bagi tujuan memperkasa hubungan ibu bapa-guru.  
   Pengisian program seterusnya adalah sesi taklimat ringkas oleh guru-guru berkaitan program-program kecemerlangan UPSR yang telah dirancang serta maklumat-maklumat penting setiap subjek peperiksaan termasuklah BM, BI, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Sesi dialog menyaksikan seorang ibu sahaja yang menyuarakan persoalan. Selebihnya mereka bertemu sendiri dengan guru-guru berkenaan sebaik selesai majlis.
    Sebelum bersurai, ibu bapa telah menikmati sedikit juadah sumbangan PIBG. Terima kasih sekali lagi. Semoga prestasi UPSR tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya berkat kerjasama yang ditunjukkan.
 
 Ketibaan ibu bapa
Pengacara majlis - ustazah Fairuz
 
Ucapan GB
Ucapan YDP PIBG - En. Nor Aziz
Sebahagian ibu bapa yang hadir
GB menyampaikan taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dimulai dengan penjelasan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
Penerangan tentang Sarana Ibu Bapa
 GPK Koku memberi penjelasan tentang pentingnya penglibatan koku dan kelas tambahan hari Sabtu sebagai markah kokurikulum
 Penyelaras Kecemerlangan UPSR - Pn. Siti Aminah membentangkan program-program yang telah dirancang
Taklimat subjek Bahasa Melayu oleh Pn. Siti Zubaidah
Bahasa Inggeris - Pn. Noor'ashikin
Matematik - Pn. Zurina
Sains - En. Mohd. Fakhruddin
Pendidikan Islam
Bahasa Arab
Sesi dialog
Penetapan Target UPSR 2013

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »