Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sepang

Hari ini SKKW telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sepang bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun. Pertandingan ini telah diadakan di Kompleks Sukan Airport, Nilai. Peserta-peserta SKKW terdiri daripada;
1. Muhd. Hazeeme Alif b. Hairol
2. Muhd. Khalid Ariff b. Hanawi
3. Ahmad Shahmi b. Mohd. Ezani
4. Rozaidi b. Roslan
   Walaupun ini merupakan penampilan pertama SKKW dalam cabaran boling daerah, pasukan sekolah telah memberikan persaingan yang sengit. Tahniah kepada pasukan boling tenpin SKKW kerana berjaya mendapat Tempat Ke-3 serta tahniah juga buat adik Hazeeme kerana berjaya mendapat Tempat Ke-4 individu. Sesungguhnya ini merupakan penanda aras yang cukup baik untuk pasukan boling SKKW. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan diperolehi pada tahun depan hasil latihan, persediaan dan bimbingan yang lebih mantap daripada para guru dan ibu bapa.
 Pendaftaran
 Bergambar sebelum pertandingan
 Senarai peserta
Pencapaian terbaik Hazeeme
Dah selesai - bergambar bersama peserta dan guru SJK(T) Sepang
Hakimee - pemain simpanan
Keputusan penuh acara perseorangan
Keputusan penuh acara berpasukan
GB SKKW menyempurnakan acara penyampaian hadiah - Tempat ke-5 : SK Taman Seroja
Tempat ke-4 : Hazeeme SKKW
Tempat Ke-3 : SK Cyberjaya
Tempat Ke-2 : SK BBST
Johan : SK Cyberjaya
Tempat Ke-3 Berpasukan : SKKW
Naib Johan Berpasukan : SK BBST
Johan : SK Cyberjaya -Congrats
Tahniah SKKW!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »