Maulidur Rasul SRI Tahfiz ABIM

Atas nama permuafakatan, SKKW telah memberi kebenaran kepada Sekolah Rendah Islam (SRI) Tahfiz ABIM Kota Warisan menggunakan dewan terbukanya untuk membolehkan sekolah tersebut mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada hari Ahad (3.2.2013). Beberapa acara turut diadakan semasa majlis tersebut. Antaranya termasuklah;
1) Perasmian Taski ABIM  Nurrazi
2) Sambutan Hari Lahir pelajar-pelajar yang lahir dalam bulan Disember - Mac
3) Sesi dialog ibu bapa bersama Pegawai KAFA Pejabat Agama Islam (PAID) Sepang; Ustaz Khairul Afizi serta  Yang Dipertua ABIM Sepang; Ustaz Zuljalaludin yang merasmikan majlis
   Banyak sungguh persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar tahfiz dan taski seperti nasyid, zikir munajat, bacaan surah-surah lazim, bacaan ayat-ayat suci Al Quran, bacaan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W dan lain-lain lagi. Selaku rakan kongsi dalam mendidik murid-murid SKKW, adalah diharapkan kerjasama kedua-dua institusi ini dapat diteruskan demi memantapkan pendidikan agama anak-anak.
   Tahniah kepada SRI Tahfiz ABIM yang berjaya mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dengan pengisian yang sangat proaktif dan berkesan. Semoga sekolah swasta ini akan terus maju seiring dengan sekolah-sekolah agama JAIS.
Bacaan salawat
Ucapan Pengerusi SRI Tahfiz ABIM
 Ucapan perasmian YDP ABIM Sepang
Sesi dialog ibu bapa

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »