Sambutan Maulidur Rasul SKKW 2013

Alhamdulillah walaupun pada awal pagi, langit sangat gelap bagaikan bumi akan ditimpa hujan lebat namun syukur Alhamdulillah cuaca mendung kian bertukar cerah menyebabkan majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Kota Warisan 1434 H tahun ini dapat disambut dengan lancar hari ini. Tambah meriah apabila murid-murid berpakaian pagi Raya berarak mengelilingi bangunan kedai berdekatan.  Selesai acara perarakan, murid-murid berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah dan melihat persembahan rakan-rakan mereka. Terima kasih buat Ustaz Kharul Azwa atas ceramah bernas yang disampaikan.
   Majlis tahun ini agak bermakna buat SKKW kerana turut serta adalah 15 orang murid dari SK Sg. Melut (Asli) bersama ustaz Hazlan. Insya Allah diharapkan hubungan kerjasama ini akan berpanjangan dalam aktiviti-aktiviti yang lain juga pada masa depan.
  Pada sebelah petang tiada acara perarakan diadakan kerana cuaca panas. Namun murid-murid telah mengikuti ceramah daripada Ustaz Nasarudin dan juga melihat rakan-rakan mereka membuat persembahan. Syukran jazilan ya ustaz. Semoga anak-anak dapat menghayati semangat Maulidur Rasul dan lebih mencintai Rasulullah S.A.W.
Sambutan sebelah pagi   
Cuaca agak gelap
Murid-murid Asli SK Sg. Melut yang ceria bersama murid-murid SKKW
Tema guru hari ini - jubah
Pegawai polis membantu menjaga keselamatan
Mengetuai perarakan
Berarak sambil berselawat
 Para pemerhati
Tamat perarakan - masuk semula ke dalam kawasan sekolah
Pengacara majlis - Cikgu Din
Ucapan GB
Ceramah Maulidur Rasul oleh ustaz Kharul Azwa
 
Guru-guru turut berada di dewan
Persembahan nasyid
Terima kasih buat ustaz
Jamuan di kantin
Sambutan sebelah petang
Pengacara majlis - Ustazah Siti Huriah
Bacaan doa - Ustaz Asri
Ucapan GB
Persembahan nasyid
Ceramah Ustaz Nasarudin
 Membuat catatan
Ada hadiah kuiz
Terima kasih
Persembahan lagi
Makan time

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »