Kelas Tambahan Tahun 6

Kelas tambahan merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR yang diadakan di hampir kebanyakan sekolah pada setiap tahun. SKKW tidak terkecuali mengadakan kelas tambahan pada setiap hari Rabu dan Sabtu; jika tiada program sekolah serta semasa cuti penggal. Guru-guru dan murid-murid berkorban masa dan tenaga untuk hadir ke kelas tambahan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru-guru mengajar dan murid-murid belajar dalam keadaan lebih fokus dan santai. Selain menghabiskan silibus, guru-guru akan mengajar menggunakan soalan-soalan UPSR sebenar sebagai latihan intensif.
   Jom tengok kelas tambahan yang diadakan pada hari Sabtu (16.3.2013)...
 
 
 
 
   Kehadiran sekadar sederhana. Diharap ibu bapa dapat memberi kerjasama bagi memastikan anak-anak hadir pada setiap kelas tambahan. Kejayaan dalam UPSR bukan hanya terletak di tangan guru dan sekolah sahaja, sebaliknya setiap calon UPSR dan keluarganya harus mengambil peranan masing-masing. Renung-renungkanlah....

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »