Pemantauan PPD lagi

Sebagaimana yang telah dirancang, hari ini sekali lagi pasukan pemantau dari PPD Sepang telah turun memantau sambil membimbing. Kali ini tujuan dan fokusnya ialah ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) / Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) / Tawaran Baru (TB) @ bai'ah. Terima kasih buat PPD kerana telah menyenaraikan SKKW sebagai sekolah berpotensi untuk meraih gelaran berprestij tersebut.
   Terima kasih juga buat guru-guru dan staf sekolah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan dokumen sebagaimana senarai semak yang telah diberi. Setinggi-tinggi tahniah buat seluruh warga SKKW kerana telah memberikan persembahan terbaik. Pasukan pemantau pada keseluruhannya berpuashati. Segala cadangan yang diberi Insya Allah akan diikut agar selari dengan garis panduan SBT / SKK / TB tersebut.
   Lebih kurang pukul 11.30 pagi, Tuan PPD tiba di SKKW ketika beliau dalam perjalanan dari tugas rasmi yang lain. Terima kasih tuan!
 Mc hebat - cikgu Din
 
 Ketibaan pegawai-pegawai PPD
 Ucapan GB + persembahan video korporat SKKW
 
 
 Ucapan Ketua Rombongan - En. Zuhaimi
 
 Minum dulu
 Pemantauan pun bermula
 
 Lautan fail
 Sesi bimbingan
 
 
 

 Menyambut Tuan PPD dengan jamuan
 Majlis penutupan
 
 
 
 
Tuan PPD membuat rumusan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »