Pendaftaran Tahun 1 - 2014 & 2015

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara ke Tahun Satu sesi persekolahan 2014 dan 2015 Negeri Selangor boleh dibuat mulai 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013.

Kelahiran pada : 2.01.2007 – 01.01.2008 (Sesi Persekolahan 2014)
Kelahiran pada : 2.01.2008 – 31.12.2008 (Sesi Persekolahan 2015)
 

 Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti senarai di bawah :

1. Surat Beranak / Sijil Anak Angkat - Asal & Salinan

2. Bil Utiliti (Bil Elektrik / Bil Air) - Asal & Salinan

3. Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga - Asal & Salinan

4. Surat Nikah / Surat Cerai / Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah jika berkenaan - Asal & Salinan

5. Laporan Doktor & Kad OKU jika berkaitan - Asal & Salinan

6. Sampul surat bersaiz 4" x 9" (150cm x 245cm) beralamat sendiri dan bersetem 60sen

Ibu bapa / penjaga boleh berurusan dengan pihak sekolah mengenai perkara di atas pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi -1.00 dan 2.00 – 4.00 petang). 


   Permohonan boleh diisi melalui pautan aplikasi dalam talian yang disediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor :
http://www.moe.gov.my/jpnselangor
atau
http://apps.moe.gov.my/esppsel/.

   Ibu bapa / penjaga perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan secara online dengan membawa bersama dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak serta cetakan borang maklumat permohonan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »