Johan Hoki MSSD Sepang 2013

Pada tanggal 9 April 2013 iaitu hari Selasa, daerah Sepang telah mengadakan satu Kejohanan Hoki MSSD Daerah Sepang bagi tahun 2013 yang dilangsungkan di Stadium Hoki Seremban 2. Sebanyak 6 buah sekolah telah memasuki kejohanan ini di mana SK Kota Warisan telah menghantar satu pasukan bagi kategori lelaki. Seramai 15 orang murid telah dipilih oleh jurulatih - jurulatih yang tidak kurang hebatnya seperti Cikgu Md Azizi dan Cikgu Maz Azlee. Murid - muridnya adalah seperti berkut:
  1. Danish Hakimi
  2. Amirul Iman
  3. Arif Iskandar
  4. Danial Haikal
  5. Alif Aufa
  6. Zuhair Arumi
  7. Haziq Hakimi
  8. Muhammad Fikhrie
  9. Zarif Azim
  10. Hanif Wajdi
  11. Fahim Fayyadh
  12. Ameer Danial
  13. Amir Haziq
  14. Irfan Nafiz
  15. Hazeeme Aliff
Beberapa minggu sebelum kejohanan bermula, pemain - pemain hoki ini telah mengikuti latihan insentif yang diadakan di Padang Mini UPM selama 3 hari. Perlawanan persahabatan juga ada dilakukan sewaktu latihan intensif tersebut. Dan hasilnya, SK Kota Warisan telah dinobatkan sebagai JOHAN Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2013. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

Peringkat Kumpulan
  • SK Kota Warisan vs SJKT Teluk Merbau                            1-0
  • SK Kota Warisan vs SK Taman Putra Perdana 2                 0-0
Separuh Akhir
  • SK Kota Warisan vs SJKT Sepang                                      0-0 ( menang penalti flick 1-0 )
Akhir
  • SK Kota Warisan vs SK Taman Putra Perdana                    0-0 ( menang penalti flick 2-0 )
Diharapkan pasukan hoki untuk tahun depan dapat mengekalkan kejuaraan yang julung-julung kali digapai ini. Semoga pasukan hoki SKKW terus berusaha dan maju di tahun-tahun yang akan datang. TAHNIAH diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus, guru besar, para pentadbir dan guru-guru yang sentiasa menyokong sukan di SKKW ini.
Bergambar sebelum memasuki padang
Debaran mula terasa ketika melangkah masuk ke padang
Sedikit keriangan di riak wajah setelah mengetahui layak ke separuh akhir
Kapten pasukan Fahim Fayyadh menerima piala kejuaraan
Pemain begitu gembira mendapat pingat emas kejohanan
Pemain bergambar bersama jurulatih dan pengurus pasukan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »