Pelancaran Program Mentor-Mentee

Majlis pelancaran program mentor-mentee yakni salah satu daripada elemen Amalan Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Guru Besar semasa perhimpunan Isnin pada sebelah pagi dan petang. Setiap kelas telah diberi 2 orang mentor iaitu guru kelas dan seorang guru lain. Selain memperkenalkan mentor dan menyerahkan fail modul kepada para mentor, majlis turut dimeriahkan dengan acara gimik di mana mentor menyuapkan pulut semangat kepada Ketua-Ketua Darjah dari prasekolah hingga Tahun 6. Ianya sebagai simbolik keakraban, bimbingan dan jalinan hubungan yang lebih rapat dalam mengambil cakna kebajikan anak-anak murid.
   Selesai majlis penyerahan, semua mentor membimbing anak-anak mentee mereka di dalam kelas masing-masing dalam masa setengah jam menggunakan modul yang telah dibekalkan. Guru-guru juga diberi kebebasan untuk mengadakan apa jua aktiviti yang difikirkan sesuai. Mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh KPM, sesi ini akan diadakan secara rasmi sekali dalam masa sebulan dan secara tak rasmi bila-bila masa yang terluang jika ada keperluan.
   Tahniah kepada semua mentor dan mentee dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini dilaksanakan. Semoga hubungan yang terjalin akan meningkatkan prestasi akademik, sahsiah dan koku anak-anak didik yang disayangi.
Aksi-aksi ceria mentor dan wakil mentee
Pentadbir pun dapat dapat bunga puding a.k.a bunga telur
Barisan mentor
Mentor-mentor sedang membuat mentoring di dalam kelas
Sesi petang
Meminjam pantun Ustazah Siti Fairuza :
Siapa kata cikgu tak sayang,
Pagi-pagi sambut murid dengan sayang;
Setiap bulan birthday murid disambut sayang,
Hari ini mentor penyayang mentee disayang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »