Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri 2013

Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 8 dan 9 Ogos 2013 yang kebetulan jatuh semasa Cuti Pertengahan Penggal Kedua 2013 yang akan bermula pada 7 - 18 Ogos 2013, KPM telah membenarkan sekolah-sekolah bercuti ganti pada 5 dan 6 Ogos 2013 di mana tarikh persekolahan ganti akan ditetapkan oleh JPN masing-masing. Bagi Negeri Selangor, tarikh-tarikh sekolah ganti yang telah ditetapkan ialah seperti berikut;

Tarikh Cuti Ganti      Tarikh Sekolah Ganti     Jadual 
5.8.2013 (Isnin)        7.9.2013 (Sabtu)           Hari Isnin
6.8.2013 (Selasa)     21.9.2013 (Sabtu)        Hari Selasa

   Oleh yang demikian, semua murid SK Kota Warisan akan mula bercuti pada 3 Ogos 2013 (Sabtu) dan kembali semula ke sekolah pada 19 Ogos 2013 (Isnin).
   Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Selamat Bercuti Penggal, Maaf Zahir Batin dan hati-hati di jalan raya.
(Surat akan menyusul kemudian)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »