Sumbangan YB Shahrum - Dimensi 108

Semasa hari Sukan Tahunan yang lalu (laporan sukan sila klik di sini), YB Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Sharif; ADUN Dengkil telah bersetuju menyumbang pil berkhasiat - "Dimensi 108" kepada semua calon UPSR SK Kota Warisan 2013. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Guru Besar kepada wakil-wakil kelas Tahun 6 semasa perhimpunan. Semoga pemakanan sepanjang tempoh sebulan ini dapat membantu mencergaskan minda anak-anak Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak berapa lama lagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Shahrum!
 
 
 
Thanks YB!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
August 29, 2013 at 9:54 AM delete

YB Shahrum & cikgu-cikgu sedia maklum kah kandungan active ingredient di dlm pil dimensi 108?

Bahan-bahan yg dikatakan berkhasiat seperti madu, spirulina, dan sebagainya hanyalah 1.5% SAHAJA!! Selebihnya adalah bahan-bahan kimia yang tidak bagus untuk pertumbuhan fizikal & otak anak-anak.

Berbuatlah sesuatu dengan pengetahuan.

Salina

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2013 at 10:31 AM delete

yb shahrum - adun - pemimpin
klu yg bg pil ni kt sekolah tak ada title wakil rakyat, rasa-rasanya gb ni nk bagi tak kt anak2 murid dia? confirm tak.
lagipun, klu x percaya pd wakil rakyat yg dipilih, nk percaya pd siapa lg kan? or dah tersalah pilih ke? :-)

saya memg tak percaya pada produk2 penguat minda seperti ini sebab bagi saya tanpa usaha anak tu sendiri, tiada gunanya. memg saya tak bagi anak saya makan walau telah diberi percuma.

saya ada tgk flyers yg diberi bersama pil tu, ada pelbagai cop kononnya kementerian kesihatan,pej pendidikan daerah, dan sebagainya. sgt convincing. kite sbg layman, memg tak terfikir pn untuk siasat logo tu palsu atau tak.lgpun yb yg bg, memg terpercaya laa.

diharap pihak sekolah telah mengharamkan penjualan pil tersebut. dan kpd YB SHAHRUM, apa cerita ni? anda main lumpur, sekolah ni pulak yg terpalit.sila laa bg pencerahan untuk isu ni.

-parent concern-

Reply
avatar