Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Hari Raya "Masih Ada Yang Sayang"


Alhamdulillah...Syukur atas nikmat kelapangan masa yang telah dianugerahkan di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya SKKW di bawah Panitia Pendidikan Islam telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya 'Masih Ada Yang Sayang' bertempat di Dewan Terbuka SKKW pada 02 Ogos 2013 (Jumaat) bersamaan 24 Ramadan 1434H.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan bagi memberi penghargaan dan  penghormatan kepada barisan murid-murid Tahun 6 terpilih yang telah khatam al-Quran untuk memperdengarkan bacaan mereka sebagai pelengkap program Ihya’ Ramadan. Turut digabungkan bersama dalam majlis itu ialah pemberian sumbangan Hari Raya kepada murid-murid yang kehilangan ibubapa (anak yatim) dan fakir miskin.

Seramai 22 orang murid Tahun 6 yang telah khatam Al-Quran telah terpilih untuk menjayakan majlis tersebut. Diiringi bersama Munabbih Khatam Al-Quran iaitu Ustaz Mohd Asri bin Silahuddin, Ustaz Amir bin Mustafa, Ustaz Zulkiflee bin AbLah dan Ustazah Norhazani binti Ahmad yang menyemak dan memantau bacaan peserta Khatam Al-Quran. Ribuan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan...:))).

Sebelum majlis bermula, setelah bacaan Yaasin di tapak perhimpunan, murid-murid telah diberikan pelbagai aktiviti dalam kelas selama satu jam bagi melengkapkan pengisian Bulan Panitia Pendidikan Islam. 
Antaranya  ; 
Aktiviti membuat kad ucapan Selamat Hari Raya

Aktiviti menulis secara Imlak

Aktiviti melengkapkan petikan karangan 

Semua aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat memanfaatkan masa yang diberikan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan berilmiah sebagai salah satu medium dalam PdP.

Majlis Khatam Al-Quran bermula pada jam 9.30 pagi. Diikuti dengan ucapan alu-aluan Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Kota Warisan yang menyampaikan amanat dan pesanan berharga kepada warga sekolah. Seterusya majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan sajak murid-murid Tahun 2 & Tahun 3.
Ucapan Alu-Aluan Guru Besar SKKW

Persembahan Nasyid 

 Persembahan Sajak


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatam Al-Quran dan guru-guru yang memberikan tazkirah sepanjang program Ihya' Ramadan serta sumbangan Hari Raya kepada murid-murid fakir miskin dan anak yatim.

Antara pentazkirah yang menerima cenderahati ;


 

 

Antara peserta khatam Al-Quran yang menerima cenderahati ;

 


  

Antara murid-murid yang menerima sumbangan Hari Raya ;


 

Acara kemuncak pada hari itu adalah majlis bersalam-salaman dan bermaaf- maafan sempena menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi bersama warga sekolah SKKW.



'' Murid-murid sedang bersalam-salaman dengan guru-guru ' 












" Jalinan kemesraan dan ikatan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid menjadi lebih erat dengan adanya program sebegini"






'' Saling bermaaf-maafan amalan mulia, jalin kemesraan, erat silaturrahim, mendidik nurani dengan nilai-nilai mahmudah"












'' Buang yang keruh...ambil yang jernih...agar teguh peribadi...''








Antara gambar-gambar menarik sekitar majlis


















Ramadan tiba jua dibatas perpisahan...
Harapan bercampur ragu ku selit dalam setiap doa...
Mohon diterima amalan biar terkumpul segala rahmat..
Senja berlabuh pun terus menggamit Syawal...
Kalimah memujiMu..takbir dari hamba-hambaMu bergema seluruh semesta alam...
Dengan limpah izinMu,
Syawal ku peluk dengan rasa syukur...

Sekalung Penghargaan
Semua warga SK Kota Warisan, barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah,
murid-murid serta tidak dilupakan juga golongan ibu bapa dan orang perseorangan 
yang memberikan sumbangan samada dari segi material mahupun tenaga 
dalam menjayakan program kali ini.
Sekian, terima kasih.



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »