Pra-Zon Bersih MPS

Kota Warisan telah terpilih mewakili Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk pertandingan Zon Bersih peringkat negeri Selangor 2013. Banyak program telah dirangka oleh MPS untuk memastikan 'kemenangan' tersebut. Ini termasuklah aktiviti gotong royong, menanam pokok, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, jamuan hari raya dan lain-lain lagi. 
   SK Kota Warisan sangat bertuah kerana turut menumpang bajet besar MPS untuk program Zon Bersih tersebut di mana beberapa program akan dijalankan di sekolah. Hasil perbincangan dengan Pegawai Penguatkuasa MPS, pihak MPS akan menyumbang pokok-pokok serta melakukan acara perasmian Taman Zon Bersih PPDa SKKW pada hari Rabu depan. Selain itu, beberapa ceramah kepada murid akan disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perancang Bandar MPS di bawah slot "Santai Mendidik".
   Petang tadi, pegawai MPS turun lagi untuk melihat tapak Taman Zon Bersih PPDa yang akan menjadi lokasi penanaman pokok itu nanti. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada En. Azman serta pengurusan MPS atas kerjasama dan pemberian yang sangat bermakna itu. Semoga hubungan baik sekolah serta pihak komuniti ini akan berterusan dan memberi faedah yang maksimum kepada anak-anak murid kami..
 Membincangkan pelan taman

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »