Sumbangan keluarga arwah Cikgu Abu Bakar

Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, kenangan bersama Cikgu Abu Bakar bin Mustafa datang kembali. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada Hari Raya Aidilfitri yang ke-3 tahun lepas. Di bulan yang mulia ini, terasa sayu dan sedih sekali apabila terkenangkan arwah (klik di sini). Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
  Pihak sekolah telah mengadakan kutipan sumbangan ikhlas daripada warga sekolah untuk disedekahkan kepada isteri dan anak-anak arwah. Semoga dapat meringankan bebanan keluarga arwah di samping memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim yang tentunya amat merindui ayahanda mereka.
Guru Besar bersama Ustazah Norina dan Cikgu Adibah menyampaikan sumbangan kepada balu arwah - Cikgu Hashimah yang masih belum sihat sepenuhnya setelah menjalani pembedahan tulang belakang sebulan yang lalu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »