Johan Kalam Jamaie Daerah Sepang 2013

Tahniah kepada pasukan Kalam Jamaie SKKW kerana telah mengulangi kejayaan tahun lepas (klik di sini) dengan menjuarai Pertandingan Kalam Jamaie Mahrajan j-QAF peringkat daerah Sepang 2013 bertempat di SMK Datuk Abu Bakar Baginda. SKKW telah mendapat Tempat Pertama daripada 10 buah sekolah yang turut bertanding. Syabas juga kepada jurulatih utama; Ustazah Siti Fairuza Asmungi yang menjadi tulang belakang kepada pasukan kalam jamaie sekolah serta semua ustaz ustazah yang telah memberi tunjuk ajar dengan penuh komitmen...
  Sebagai wakil Sepang, pasukan kalam jamaie SKKW akan sekali lagi beraksi dalam pertandingan Mahrajan j-QAF peringkat negeri Selangor pada hari Sabtu 28.9.2013 akan datang. Kali ini, Sepang menjadi tuan rumah dan pertandingan akan diadakan di SM Teknik Sepang. Diharap tahun ini kita akan dapat mengatasi kedudukan Naib Johan Negeri Selangor yang telah kita perolehi dalam mahrajan tahun lepas di Klang (klik di sini), Insya Allah. Semoga para peserta akan berlatih dengan lebih kuat dan penuh disiplin. Yakin diri, jaga kesihatan dan berikan persembahan yang paling bertenaga serta terbaik dalam misi untuk mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan di Terengganu. Sama-samalah kita doakan...
Menerima hadiah selaku Johan Kalam Jamaie Daerah Sepang
 Gembira sambil menunjukkan simbol popular - "Anti Dadah"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »