Kutipan Terbanyak Jogathon

Program kemuncak Larian Amal Jogathon PIBG akan diadakan tidak berapa lama lagi iaitu pada hari Sabtu ini bersamaan 28.9.2013. Terima kasih kepada para penyumbang serta ibu bapa, murid-murid, guru-guru dan staf SKKW yang telah membuat kutipan derma. Hasil kutipan akan digunakan sepenuhnya untuk menambahbaik kemudahan fizikal dan pembelajaran anak-anak murid.  
   Sebagai motivasi, pihak PIBG dan sekolah telah memberikan hadiah kepada murid-murid yang banyak membuat kutipan setakat minggu ini. Majlis penyampaian hamper telah disempurnakan oleh Guru Besar selepas bacaan yaasin. Semoga ianya dapat memberi perangsang dan motivasi kepada warga sekolah agar menggiatkan lagi usaha mengutip derma demi merealisasikan objektif program Larian Amal Jogathon PIBG SKKW ini. Marilah menderma sambil beramal..
 
 
 
 
Antara murid yang berjaya membuat kutipan terbanyak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »