Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat 2 UPSR & PSRA

Pada 5 September 2013, pihak sekolah menganjurkan satu program khas untuk murid Tahun 6 iaitu Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat 2 UPSR & PSRA. Program ini merupakan anjuran bersama antara SK Kota Warisan, Surau Al-Hijrah, KAFA Integrasi Al-Muhajirin & Tahfiz ABIM. Majlis diadakan di Surau Al-Hijrah, Kota Warisan bermula jam 7.00 malam hingga 10.30 malam. Selepas selesai bacaan Yaasin dan solat hajat, satu sesi ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Rashid Bin Mohamad Saleh. Objektif penganjuran majlis ini ialah untuk memohon restu dan redha Allah S.W.T dalam usaha meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan UPSR dan PSRA. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »