Perlawanan Persahabatan Bola Baling 11 Tahun


Pada pagi Ahad 22 September telah diadakan perlawanan persahabatan bola baling 11 tahun di SK Dengkil. SK Kota Warisan telah menghantar pasukan perempuan 11 tahun yang dilatih oleh Cikgu Maz Azlee dan Ustaz Amir untuk perlawanan persahabatan dengan SK Dengkil. Perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk pemilihan pemain mewakili daerah Sepang untuk Karnival Sukan 11 tahun peringkat negeri Selangor. Pemilihan pemain akan dilakukan esok iaitu Isnin 23 September di SK Taman Pantai Sepang Putra. Diharapkan dengan adanya perlawanan persahabatan ini pasukan sekolah kita dapat belajar dari pengalaman ini dan seterusnya dapat dipilih mewakili daerah Sepang nanti. Sama-samalah kita berdoa supaya pemain kita dapat dipilih mewakili daerah Sepang. Semoga berjaya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »