Pertandingan Pemilihan Pemain Bola Baling 11 tahun MSSD Sepang



Pada hari Isnin 23 September, SK Kota Warisan telah menghantar pasukan perempuan dalam pertandingan Pemilihan Bola Baling 11 tahun di SK Taman Pantai Sepang Putra. Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini bagi setiap kategori lelaki dan perempuan. Sekolah kita berada dalam kumpulan C bersama SK Taman Putra Perdana 2, SK Bukit Bangkong (A) dan Sekolah Rendah Agama Interaksi. Sekolah kita berjaya melepasi peringkat kumpulan dan ke separuh akhir. Malangnya sampai di separuh akhir sahaja perjuangan kita. Dan kita telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini. Tetapi manisnya 3 orang pemain kita telah dipilih untuk pemilihan pemain mewakili daerah Sepang. Tahniah diucapkan kepada ketiga tiga pemain tersebut kerana dipilih oleh juri yang berkelayakan. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain kerana mendapat tempat ketiga. Kita cuba lagi tahun hadapan. Tahniah...

Tiga pemain yang dipilih untuk pemilihan dari kiri :
Puteri Arisha Nabila Bt Norazhari                               Tahun5W
Nik Shamira Bt Nik Rulazman (penjaga gol)                Tahun 5W
Nur Dayana Balqis Bt Meor Azmi                               Tahun 5W

Tahniah sekali lagi. Kita doakan ketiga-tiga pemain ini dapat mewakili daerah Sepang dalam sukan bola baling ini. Amin.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »