Program Zon Bersih MPS

Hari ini SK Kota Warisan telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bersama dengan guru dan murid Tahun 5. Aktiviti berkenaan ialah :

1. Tanam pokok di Taman Zon Bersih PPDa
2. Penyampaian sumbangan tong kitar semula
3. Santai Mendidik bersama Jabatan Kesihatan MPS
4. Santai Mendidik bersama Jabatan Penguatkuasa MPS
5. Pameran kesihatan berkaitan denggi

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Majlis Zon Kota Warisan, Majlis Perbandaran Sepang iaitu Pn. Lau Weng Chan dan YDP PIBG SKKW iaitu En. Nor Aziz bin Ghazali. Murid-murid juga menerima pelbagai hadiah menarik semasa sesi soal jawab Program Santai Mendidik bersama penceramah jemputan. Pihak MPS juga tidak ketinggalan melawat Bilik Sumber PPDa SKKW.

Pn. Asnah bersama Pn. Lau dan En. Azman
En. Nor Aziz dan Pegawai Penguatkuasa MPS menanam pokok di Taman Zon Bersih PPDa
Bergambar kenangan di Taman Zon Bersih PPDa
Cikgu Munirah, ketua projek Taman PPDa SKKW bersama pegawai Penguatkuasa MPS
Tong kitar semula yang disumbangkan oleh MPS
Sokongan mantap komuniti kepada Program PPDa sekolah
Pegawai MPS di lorong PPDa
Jabatan Kesihatan MPS turut mengadakan pameran
Ucapan oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Pn. Lau
Program Santai Mendidik oleh Jabatan Kesihatan
Murid berebut-rebut nak jawab soalan.
Program Santai Mendidik bersama Jabatan Penguatkuasa
Sesi soal jawab bersama murid
Dapat sarapan pagi - terima kasih MPS
Penyampaian cenderahati kepada Pn. Lau
Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi

Bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai MPS

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »