Bilik PPKI naik taraf

Syukur akhirnya permohonan sekolah untuk menaiktaraf bilik darjah PPKI telah diluluskan oleh JPN Selangor. Tadi dua orang pegawai dari Unit Pembangunan JPS telah hadir untuk lawatan tapak serta berbincang tentang kerja-kerja naiktaraf tersebut. Meskipun cadangan untuk membina tandas tidak dapat diluluskan berdasarkan bajet yang ditetapkan, namun pihak sekolah sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya hasrat untuk menambah bilangan kelas dapat dipenuhi. Projek penaiktarafan bilik PPKI ini akan melibatkan satu bay bilik darjah Kemahiran Hidup.
Kerja-kerja mengukur
 Satu bay kelas Kemahiran Hidup yang akan diambil untuk dijadikan kelas PPKI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »