Kantin tutup

Hasil pemeriksaan ke atas kantin SK Kota Warisan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang pada 30.9.2013, kantin sekolah telah diarah tutup selama 14 hari mulai 30.9.2013 hingga 14.10.2013. Ini berikutan pemeriksaan tersebut mendapati kantin sekolah ini "tidak bersih dan disucikan keadaannya hingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai" (sebagaimana yang tercatat pada surat perintah penutupan premis oleh PKD).
   Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin menasihatkan ibu bapa agar membekalkan makanan kepada anak-anak ke sekolah sehingga diberitahu kelak. Segala kesulitan amat dikesali.
 Kantin "five star" idaman semua

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »