Kipas baharu

Sebagamana yang diapaparkan dahulu, SKKW telah mendapat kerja-kerja membaiki elektrik dan peralatan elektrik daripada pihak JKR Elektrik Daerah Sepang bermula pada 29.8.2013 yang lalu (klik di sini). Fokus utama ialah kerja-kerja pendawaian di Bilik Kesihatan yang dikategorikan oleh JKR sebagai "membahayakan nyawa pengguna". Kini bukan sahaja Bilik Kesihatan telah dinaiktaraf pendawaian dengan kerja-kerja membaiki, menambahbaik dan memasang pelbagai keperluan elektrik, malahan seluruh sekolah telah mendapat sentuhan kerja-kerja menaiktaraf tersebut. Antaranya pemasangan kipas dan lampu, poin-poin aircond di bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas, dewan dan sekitar sekolah. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Terima kasih banyak buat JKR Sepang.
   Pemasangan kipas di Bilik Muzik dan Bilik Guru sangat bermakna kepada murid-murid dan guru-guru kerana sekurang-kurangnya ia dapat menyelesaikan masalah aircond yang tidak lagi sejuk walaupun sentiasa dibaiki dan diservis - almaklumlah dah 10 tahun usianya..
Bilik Muzik dapat 6 kipas
 Murid riang gembira
Suis kipas terpaksa dipasang di bahagian luar kerana dinding kedap udara di dalam bilik sangat tebal
Cukup tinggi untuk Guru Muzik membuka dan menutupnya
Bilik Guru dapat 5 kipas tambahan
Dewan Terbuka dapat gantian kesemua 12 kipas

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »