Mesyuarat AJK Kantin

Mesyuarat AJK Kantin yang ke-4 telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Selain Guru Besar, Guru Penolong Kanan serta guru-guru AJK Kantin, turut hadir ialah wakil Pengusaha Kantin SKKW iaitu En. Fares; anak kepada pengusaha kantin (Pn. Mahani). Antara agenda mesyuarat termasuklah membincangklan tentang isu penutupan sementara kantin. Segala masalah yang dikesan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang sehingga menyebabkan kantin disita telah dihurai dan diperincikan. Pihak kantin diminta untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin seterusnya menghubungi pihak PKD bagi membuka semula kantin setelah mengatasi segala kelemahan yang disenaraikan. Semoga kantin dapat beroperasi seperti biasa secepat mungkin demi kebajikan anak-anak murid serta guru-guru. Diharapkan juga mesyuarat ini dapat mencapai kata sepakat di antara pihak sekolah dengan kantin..
(Berita kantin ditutup sila klik di sini)
Terima kasih diucapkan atas kerjasama pihak kantin

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »