Penilaian Bilik Sumber PPDa

Hari ini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Pasukan 5 orang hakim Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor tiba pada jam 9.00 pagi. Mereka disambut oleh Sahabat PPDa serta para pentadbir dengan diiringi bunga manggar ke dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan koir yang menyanyikan lagu "Gemilang Tanpa Dadah" ciptaan bapa murid SKKW - En. Hafitz bin Khamis. 
   Setelah bergambar, mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi ucapan, menyaksikan persembahan multimedia dan penyampaian sedikit cenderahati. Selepas menjamu selera, para hakim telah dibawa melawat ke hampir 20 stesen PPDa dan disambut oleh murid-murid bertugas di setiap stesen yang memberi penjelasan dengan begitu yakin lagi bersahaja.    Setelah selesai melawat, para hakim kembali ke bilik mesyuarat untuk menilai fail-fail yang telah disediakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. 
   Tahniah kepada semua murid atas komitmen terhadap tugas masing-masing dan berjaya menunjukkan penghayatan yang begitu cemerlang. Semoga doa kita untuk berjaya dalam cabaran kali ini akan dimakbulkanNYA. Aminnn..
 Ketibaan para hakim disambut oleh Sahabat PPDa
(Laporan lanjut sila ikuti blog PPDa SKKW di sini)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »