Pertandingan Junior Chef sempena MICCOS 2013

Pada  hari Sabtu, 26 Oktober 2013 yang lalu pasukan sekolah telah menghantar penyertaan bagi Pertandingan Junior Chef peringkat sekolah rendah sekitar Selangor. Dua orang murid SKKW yang mengambil bahagian ialah :
1.   Nur Aisya Batrisyia bt  Azlee                   (6 Wibawa)
2.   Syaza Adani bt Ahmad Shahrul Aimee   (6 Wibawa)
   Sebanyak 14 buah sekolah terlibat. Pertandingan ini adalah anjuran Lembaga Lada Malaysia sempena pameran ekspo pertanian MICCOS 2013 bertempat di MAEPS, Serdang.
   Semua peserta diminta menyediakan 2 masakan iaitu;
- starter menu
- dish menu
   Setiap hidangan diperuntukkan selama 30 minit. Dengan menggunakan kreativiti para peserta, semua menu pilihan mesti  menggunakan produk lada seperti; lada hitam, lada putih, lada hijau dan sos lada hitam. Pertandingan ini diadili oleh;
- Chef Hairul
- Chef Rizwan
   Pasukan sekolah mendapat tempat keempat dan mendapat hadiah saguhati berserta sijil. Tahniah kepada pasukan sekolah atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »