Bilik Mesyuarat baharu dalam pembinaan

Setelah diluluskan oleh PPD, SKKW telah menerima peruntukan untuk kerja-kerja mengubahsuai dan naiktaraf 3 bilik darjah menjadi Bilik Mesyuarat baharu. Terima kasih banyak diucapkan kepada PPD Sepang atas peruntukan tersebut. Bilik Mesyuarat ini diharapkan dapat memenuhi keperluan sekolah dengan bilangan guru dan staf yang kian bertambah. Diharapkan menjelang hujung Disember 2013 nanti, Bilik Mesyuarat ini boleh digunakan sepenuhnya bagi mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi tahun 2014.
   Kerja-kerja memecah dinding telah dilakukan pada hari ini...
 Kontraktor PPD memulakan kerja dengan teliti sekali
 Pekerja pembersihan swasta sekolah; Wak Jaman turut membantu
Dah lapang

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »