Malisha Nursabrina yang hebat

SK Kota Warisan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seorang murid SKKW yang sangat cemerlang dalam UPSR dan sukan. Tokoh ini telah mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebelum ini yang turut cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Bahkan sahsiah beliau jua amat terpuji - menghormati  guru-guru dan oranyg tua serta disukai rakan-rakan.
   Tahniah buat Malisha Nursabrina binti Mustafa Kamal atas pencapaian gemilang yang diraihnya. Malisha Nursabrina telah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2013 manakala dalam bidang kokurikulum, beliau telah mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan MSSM 2013. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Malisha Nursabrina dalam semua bidang yang beliau ceburi. Didoakan Malisha dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagaimana kakak-kakaknya yang lain. Semoga adik beradik Malisha akan terus mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri seterusnya berbakti kepada nusa dan bangsa.
   Sesungguhnya SKKW bakal kehilangan permata yang sangat berharga daripada pemergian keluarga En. Mustafa Kamal dan Pn. Noraishah daripada sekolah ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas perkongsian kejayaan anak-anak tuan / puan. Semoga ikatan ukhwah kita akan berpanjangan.
 Malisha Nursabrina ceria menanti keputusan UPSR
Bergambar bersama guru-guru dan rakan-rakan yang memperoleh 5A
 
 Malisha menerima sumbangan insentif daripada PIBG hasi pencapaian 5Anya
Menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum semasa Hari Anugerah Cemerlang
Hadiah Tokoh Koku dan Sukan
Tempat Pertama 6 Wibawa
Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 6 - BM Penulisan
Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan Tahun 6
Hadiah-hadiah yang dimenangi semasa HAC 2013
Malisha Nursabrina (bersama ibu) mewakili Selangor dalam Lari 100m dan Lompat Jauh MSSM 2013
Kakak beliau; Malisha Nurkamalia (bersama bapa) juga mewakili Selangor dalam acara Lompat jauh MSSM 2013 - sekarang menuntut di Sekolah Bukit Jalil
Seorang lagi kakak beliau; Malisha Nurhanani (juga mendapat 5A dalam UPSR dan kini sedang belajar di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya) juga cemerlang dalam sukan dan akademik. Sentiasa mewakili daerah dan negeri Selangor
Tiga orang adik-beradik Malisha bekas anak murid SKKW
Banner Malisha bersama pentadbir SKKW selaku ikon PPDa SKKW 2013
Malisha dan ibu bersama pentadbir sekolah sebelum berangkat ke Kuantan, Pahang untuk menjalani lathan sebagai persediaan mewakili Negeri Selangor MSSM pada bulan Mei 2013 yang lalu
(berita lanjut dalam blog sekolah di sini)

* Kisah Malisha Nurhanani Olahragawati MSSD 2011 di sini
* Lagi kisah kejayaan Malisha Nursabrina ketika berada di Tahun 4 2011 di sini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »