Mesyuarat Kakitangan

Memandangkan bilik mesyuarat lama hingar-bingar dengan kerja-kerja memecah dinding bilik mesyuarat baharu, Mesyuarat Kakitangan yang telah dirancang diadakan hari ini terpaksa dipindahkan ke bilik darjah Tahun 1. Suasana mesyuarat berjalan lancar dengan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama; membincangkan pengurusan berkaitan pekerja pembersihan swasta. Kemudian diikuti fasa kedua membincangkan pengurusan staf kerajaan yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir (KPT), Pembantu Tadbir (PT), Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan Pembantu Am Pejabat (PAP) iaitu seramai 12 orang. Pn. Nor Mi Aw. Nik; GPK Pendidikan Khas yang bertugas minggu ini turut hadir bersama Guru Besar yang mempengerusikan mesyuarat.
   Banyak yang telah dibincangkan termasuk permasalahan kerja dan peribadi. Diharapkan kerja-kerja dalam masa cuti serta menjelang buka sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Pihak sekolah juga akan menulis surat kepada pihak syarikat bagi menambahbaik tahap kebersihan serta bekalan keperluan pembersihan. Atas kerjasama semua, pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sesungguhnya staf dan pekerja swasta mempunyai peranan yang besar dalam kecemerlangan sekolah ini. Teruskan komitmen kalian..
 Berbaju merah - pekerja swasta
Ceria sokmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »