Cat pagar

Cat lagi!!! Terima kasih banyak diucapkan kepada PPD Sepang kerana telah meluluskan permohonan kami untuk mengecat pagar sekolah yang sudah lapuk. Sebagai wakil negeri Selangor untuk pertandingan PPDa kebangsaan bagi tahun 2014, pagar yang berwajah ceria dan segar boleh memberikan first impression yang positif kepada panel penilai nanti.
   Masalahnya; yang dibekalkan oleh PPD hanyalah merupakan 10 tong cat dengan warna yang telah dipilih oleh sekolah tanpa upah / peruntukan untuk kerja-kerja mengecat. Aduhai susah juga! Ini kerana setelah disurvey, kos mengecat berjumlah hampir RM800 sedangkan sekolah tiada duit sebanyak itu. Banyak perkara kecemasan dan perkhidmatan lain yang lebih utama perlu didahulukan. Agak-agak ada tak sesiapa di luar sana, ibu bapa / penjaga / masyarakat setempat yang bermurah hati untuk menampung kos mengecat tersebut? Tolonglah telefon sekolah ya. Terima kasih...
Cat yang dibekalkan oleh PPD sejak 2 minggu lalu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »