Dialog Prestasi Tahun 6

Di tengah-tengah kesibukan ibu bapa dan murid-murid semasa Majlis Orientasi dan Pendaftaran Tahun 1, guru-guru Tahun 6 mengadakan Dialog Presatasi sebagaimana yang diarah oleh KPM. Guru Besar dan GPK 1; Pn. Noorashikin juga turut serta dalam sesi dailog tersebut.
   Dialog hampir sejam tersebut memberi ruang kepada semua guru memberikan pandangan dan cadangan bagi meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6. Antara cadangan program baharu serta inovasi yang akan dilaksanakan hasil dialog tersebut adalah seperti berikut;
1) Kelas Tambahan selepas waktu sekolah pada setiap hari Khamis dan Jumaat
2) Program Bersarapan Bersama Guru Besar
3) Ujian Diagnostik Murid Tahun 6
4) Hari Terbuka Tahun 6
   Program no. 2 dan 4 tersebut dirancang untuk diadakan sekitar bulan Januari / Februari 2014. Semoga pencapaian UPSR murid-murid Tahun 6 tahun ini yang berjumlah lebih 180 orang setakat ini (tahun lepas - 153 orang) akan bertambah baik berbanding tahun-tahun sebelumnya..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »