Kedai buku sekolah

Tahun ini kedai buku tidak ditutup dalam masa cuti sekolah. Peringkat awal cuti sekolah, pihak kedai buku hanya menjual alat tulis, t-shirt, seluar sukan dan kelengkapan seumpamanya. Minggu pertama bulan Disember 2013 ini, ibu bapa murid prasekolah boleh mendapatkan keperluan seperti buku tulis, modul dan alat tulis anak-anak mereka.
   Ibu bapa murid Tahun 1 - 6 boleh membeli buku dan keperluan anak-anak mereka mulai minggu depan iaitu 10.12.2013. Senarai buku boleh didapati di kedai buku sekolah. Masa urusniaga : setiap hari Isnin - Jumaat pada pukul 9.00 pagi - 4.00 petang.
Membeli awal bagi mengelakkan kesesakan di kedai buku

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »