Mesyuarat Guru 1 / 2014

Sebagaimana lazim dan diamalkan di semua sekolah, para guru SKKW telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi tahun 2014 seminggu sebelum sekolah dibuka. Nampak gayanya Bilik Mesyuarat Baharu belum boleh digunakan. Jadi, mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Lama. Semoga apa yang dibincang dapat melancarkan lagi persediaan persekolahan awal tahun meliputi aspek fizikal, keperluan asas dan pdp dengan memenuhi touch point KPM iaitu 1 Murid 1 Kerusi 1 Meja dan 1 set buku teks. Teruskan komitmen semua guru dalam melaksanakan peranan masing-masing...
Mesyuarat dipimpin oleh GPK 1, GPK HEM dan GPK Petang
(GB ada bengkel di PPD manakala GPK HEM dan GPK Koku cuti sakit)
Selamat Kembali Bertugas buat semua guru

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »