Renovation Bilik Pendidikan Khas

Satu satu kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan fizikal diterima oleh SKKW. Kali ini ialah kerja-kerja pembesaran Bilik Pendidikan Khas oleh JPN Selangor. Satu bay bilik Kemahiran Hidup di sebelahnya akan diambil dan diubahsuai untuk tujuan tersebut. Sebenarnya ruang tersebut masih tidak memadai bagi menampung murid Pendidikan Khas yang berjumlah seramai 30 orang dengan segala bagai ruang seperti dapur, bilik PK P.Khas, bilik guru dll.  Malahan sepatutnya anak-anak istimewa ini memerlukan tandas di dalam kelas mereka terutama bagi murid yang kurang upaya. 
   Namun apakan daya, takkan nak ambil 2 bay daripada bilik KH. Sudahlah meja dan peralatan Bilik KH tersebut besar-besar. Jadi, bersyukur jualah kami dengan apa yang telah dianugerahkan. Semoga anak-anak Pendidikan Khas ini akan dapat belajar dengan lebih selesa...
 
 
 
 
 Terima kasih Pakcik Kontraktor
Pintu dipasang pada 27.12.2013
 Suis berasingan di Bilik KH

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
December 18, 2013 at 8:14 AM delete This comment has been removed by a blog administrator.
avatar