Al Fatihah Amzar Aiman

Semalam (2.1.2014 bersamaan hari Ahad) pada jam 3.15 petang, kami dikejutkan dengan berita pemergian bekas anak murid SKKW; Amzar Aiman bin Datuk Shamsul yang mengidap penyakit leukemia. Arwah bersekolah di SKKW pada tahun 2007 - 2012. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan moga ibu bapa dan keluarga arwah tabah dengan ujian Allah SWT ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah...
 Amzar Aiman dalam kenangan
   Sebagai tanda simpati dan takziah, Guru Besar, GPK 1; Pn. Noorashikin, GPK Pendidikan Khas; Pn. Nor Mi, Pn. Fatimah Shamsuddin dan En. Rohaizat telah menziarahi keluarga arwah dengan membawa bersama sumbangan daripada murid-murid, guru dan warga sekolah. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini sebagai manifestasi kesedihan kami bersama keluarga allahyarham. 
   Marilah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh arwah akan ditempatkan dalam golongan yang soleh di sisiNYA..
Menyampaikan sumbangan dari SKKW kepada ibu arwah
Kenangan manis arwah bersama rakan-rakan baiknya semasa di Tahun 6 SKKW / 2012

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »