Bacaan yasin @ Bilik Mesyuarat baharu

Sebagai tanda perasmian Bilik Mesyuarat baharu, satu majlis bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan pada sebelah tengah hari. Majlis sederhana ini dihadiri oleh sebahagian besar guru. Terima kasih buat Naib YDP PIBG; En. Hamdan dan AJK PIBG; En. Taufek yang sudi hadir. Semoga banyak urusan dan keputusan yang bermanfaat dapat dicapai di sini. Bilik Mesyuarat yang baharu ini akan dikenali sebagai "Bilik Mesyuarat Gemilang". Manakala bilik mesyuarat lama yang terletak di sebelah akan dinamakan sebagai "Bilik Mesyuarat Warisan".
 Naib YDP PIBG - En. Hamdan bin Abdulah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »