Guru Penyayang

Sejak diperkenalkan oleh KPM, SKKW tidak ketinggalan melaksanakan Program Guru Penyayang, di mana semua guru telah diberi tugasan untuk mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah. Guru-guru sesi pagi akan menunggu murid di kedua-dua pintu pagar depan dan belakang sekolah seawal pukul 7.00 pagi. Manakala guru-guru petang pula bertugas lebih awal daripada waktu persekolahan sesi petang bermula. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan juga ditugaskan memantau perjalanan program ini setiap minggu.
 Hari ini giliran Ustazah Siti Jamilah
 Teacher Nor Faezah menunggu di pintu belakang
 GB turut bersalaman dengan murid

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »