Merentas Desa 2014

Kejohanan Merentas Desa SKKW berlangsung dengan lancarnya petang tadi. Syukur padaNYA kerana cuaca sangat cantik - tak panas dan tak hujan. Tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Cuma ada beberapa orang murid yang luka akibat jatuh terutama di peringkat awal larian. Murid-murid tersebut dihantar balik ke sekolah dan diberi rawatan oleh guru yang bertanggungjawab.
   Tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-10 bagi setiap kategori. Kepada yang tidak berjaya juga diucapkan syabas kerana berjaya menamatkan larian dan menyumbangkan markah kepada rumah masing-masing. Tahun ini ada tambahan sebuah lagi rumah memandangkan murid sudah ramai. Selamat Datang Rumah Ungu!!!
   Jom tengok gelagat dan keceriaan anak-anak murid SKKW menyertai kejohanan merentas desa ini...
Tema Merentas Desa - Hidup Cergas Tanpa Dadah
Murid-murid berkumpul di dewan dahulu sebelum mereka dibahagi dan disusun semula dalam rumah sukan yang telah ditentukan
Taklimat dari Cikgu Azmi
 Ucapan mc - Ustazah Fairuza
Bacaan doa oleh Ustaz Asri
 Ucapan GB
 Jawatankuasa Penamat
 GB bersedia melepaskan kategori Perempuan Tahun 4
 P Tahun 5
 Preeett.... Lari...
 Lelaki Tahun 4 bersedia
 Tengoklah tu aksi-aksi mereka
Belum jauh dah cedera sebab jatuh - luka di lutut dan siku
 Peserta pertama sampai ke garisan penamat
 Mencatat nama
 Johan P Tahun 4 - Rumah Ungu
Pn. Azlin - AJK PIBG turut membantu
 AJK Air Minuman
 Johan dan Naib Johan P Tahun 6
 Anak Azlin - Tempat Ke-3 P Tahun 6
 Johan dan Naib Johan L dan P Tahun 6
 Berehat melepaskan lelah
 Acara penyampaian hadiah
 Tempat 1 - 10 kategori P Tahun 4
 P tahun 5
 Pn. Azlin menyambung menyampaikan hadiah
L Tahun 5
 P Tahun 6
L Tahun 6

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »