Program Maju Diri

Program Maju Diri (PMD) adalah salah satu program tahunan yang perlu dilaksanakan oleh setiap sekolah. Program ini melibatkan murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Objektif program ini adalah untuk;
1. Meningkatkan minat untuk belajar.
2. Memupuk semangat keyakinan dalam diri.
3. Mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.
4. Menanamkan semangat nasionalisme dalam diri.
5. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.
6. Menanamkan rasa insaf dan kenal diri.

   Modul yang digunakan telah disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid JPN Selangor. Semoga hasil kerjasama para guru yang bertindak selaku fasilitator, anak-anak murid ini akan lebih konfiden dan bersemangat.
   Program selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Guru Besar di mana semua Ketua Darjah dan guru telah menerima modul yang disediakan daripada GB.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »