Selamat Kembali Ke Sekolah

Setelah lama bercuti, kini tibalah masanya untuk anak-anak murid bersekolah semula. Diucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah buat semua murid Tahun 2 - 6 SK Kota Warisan. Buat murid-murid Tahun 1 dan prasekolah sesi kali ini, diucapkan Selamat Melangkah Ke Alam Persekolahan yang penuh warna-warni.
   Berterima kasihlah kepada guru-guru yang memberi ilmu dan hargailah pengorbanan ibu bapa yang telah berbelanja besar untuk melihat anak-anak anggun dan megah melangkah dengan kelengkapan serba baharu. Tanamkan azam baharu untuk lebih berjaya dalam akademik serta sukan di samping menghayati sahsiah yang terbilang.
  Semoga SK Kota Warisan akan terus cemerlang dalam semua bidang hasil kerjasama semua pihak - guru, murid, ibu bapa serta komuniti. Kepada semua guru, selamat mengajar dan mendidik anak-anak murid yang sentiasa dahagakan ilmu sebagai bekalan di masa depan. Semoga segala usaha kita diberkati...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »