Program Susu 1Malaysia (Demostrasi Minum Susu-Program Susu 1M)

Program Susu 1Malaysia telah pun bermula pada awal Februari yang lalu. Semua murid boleh menerima susu dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga murid. Setiap murid (Tahun 1-6 dan Pend Khas) diberi minum sebanyak 2 kali seminggu (2 kotak semiggu). Jadual minum susu untuk SK Kota Warisan ditetapkan seperti berikut;
Hari :  Selasa dan Khamis,
Masa :
Sesi Pagi -Pukul 11 pagi (selepas waktu rehat).
Sesi Petang - Pukul 5 petang (selepas waktu rehat)
Lokasi : Bilik Darjah
*hari dan masa edaran susu bergantung kepada aktiviti PdP di sekolah

Demonstrasi Minum Susu - Program Susu 1 Malaysia
Pada pukul 8:30 pagi semua murid tahun 1 berkumpul di Dewan Serbaguna Gemilang. Sepanjang demonstrasi, murid-murid diberi taklimat cara minum susu kotak yang dibekalkan dengan betul.


                                    Murid bersedia mendengar taklimat dari Cikgu Siti Aminah
                                            tip-tip amalan pemakanan dan gaya hidup sihat

                                         Amalan Minum Susu Kotak - LIHAT , HIDU, RASA


 Selesai minum, murid diajar kemekkan kotak susu sebagai langkah pengurangan penggunaan plastik sampah
                  Murid masukkan kotak susu yang sudah dikemekkan ke dalam plastik sampah

Unit Kesihatan dan Program Susu 1Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Mashaliza, Cikgu Siti Aminah serta  semua guru tahun 1 yang membantu dalam menjayakan demonstrasi ini. Diharap semua murid dapat mempraktikkan amalan minum susu kotak dengan betul selepas ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »