Kempen Topeng Muka

Berikutan cuaca panas dan jerebu yang semakin tinggi, pihak sekolah telah mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan semua murid dengan membekalkan kepada murid topeng muka. Topeng muka ini diberikan kepada murid-murid yang dikenalpasti mengalami masalah paru-paru atau asma.
Selain itu murid lain juga dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila berada di luar kawasan bangunan sekolah. Langkah ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga supaya kesihatan murid terpelihara dan seterusnya murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat.
                                      Murid-murid diberi taklimat pemakaian topeng muka
                                     Flying Squad Kesihatan membantu murid tahun 1
                                   Amalan bantu membantu di kalangan murid patut dipuji

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »