SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Jumaat, bertarikh 20 November 2015, satu sambutan hari kanak-kanak telah diadakan dengan jayanya. Program ini dirancang oleh pihak sekolah bertujuan bagi meraikan dan menghargai semua murid SK Kota Warisan umumnya juga insan yang bergelar kanak-kanak. Selin itu untuk membuktikan keprihatinan sekolah terhadap kanak-kanak dengan merancang aktiviti menarik sebagai pengisian sepanjang majlis berlangsung.
Majlis yang bermula pada pukul 7:20 pagi menggabungkan dua sesi pagi dan petang. Berikut acara yang dilaksanakan pada hari tersebut;
- Penyampaian Anugerah Kehadiran Terbaik
- Persembahan Murid Prasekolah
- Penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-Kanak Tahap 1
- Persembahan Action Song
-Penyampaian Anugerah  Tokoh Kanak-Kanak Tahap 2
- Persembahan Nasyid
- Jamuan Murid di Kelas Masing-Masing
- Persembahan Badut "Modified Behavior"

Sekalung penghargaan kepada ;
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Dr Hazrimah binti Ab Rahim
Rohana Café , SK Kota Warisan
Darul Sufi
Harmony Excellence Holidays
AF Skyprint
Unit Ko Kurikulum SK Kota Warisan
Kelab Guru dan Kakitangan SK Kota Warisan
Ibu Bapa / Penjaga Murid SK Kota Warisan
Senua warga pendidik  dan staf SK Kota Warisan











Sedikit perkongsian sejarah hari kanak-kanak:
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktiraf oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959.
PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta semua Negara merayakannya setiap tahun.
Kini Malaysia adalah antara 150 buah Negara yang menyambutnya pada bulan Oktober setiap tahun.

Laporan Oleh : Siti Aminah bt Abdullah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »